Panduan Graduan Rasmi

Konvokesyen POLYCC Zon Utara

Halaman ini menghimpunkan panduan sebelum, semasa, dan selepas konvokesyen supaya graduan boleh membuat persediaan dengan lebih teratur.

Panduan Mengikut Fasa

Rujukan utama bagi urusan graduan, jadual raptai, etika pakaian, pemulangan jubah, dan maklumat tetamu.

Senarai maklumat dan peristiwa penting yang perlu diambil perhatian oleh graduan sepanjang proses konvokesyen.

Tarikh Perkara Catatan
15.06.26 Pembukaan Semakan Online Graduan Buat semakan dan log masuk ke portal graduan untuk kemaskini maklumat dan buat pembayaran.
20.07.26 Tarikh Akhir Pengesahan Kehadiran Konvokesyen Pastikan pengesahan kehadiran konvokesyen telah diselesaikan sebelum tarikh ini.
20.07.26 Tarikh Akhir Bayaran Yuran Konvokesyen Pembayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh ini. Bayaran boleh dibuat melalui melalui portal graduan sahaja.
09.08.26 Tarikh akhir pengisian borang SKPG26 Graduan wajib mengisi borang Kajian Pengesanan Graduan 2026 di https://graduan.mohe.gov.my/skpg26/LogMasuk.aspx
02.08.26 Hari Raptai Sidang 1 Wajib hadir bagi graduan sidang 1. Jangan lupa bawa resit pembayaran bagi tujuan urusan konvokesyen.
03-09.08.26 Hari Majlis Konvokesyen (Sidang 1-13) Hadir mengikut sesi yang ditetapkan.
- Tarikh Pengambilan Jubah Jubah perlu diambil sehari sebelum sidang anda berlangsung.
- Tarikh Pemulangan Jubah Jubah mesti dipulangkan selepas sidang anda berlangsung sebelum jam 5.00 petang.
- Tarikh Pengambilan Sijil Pengambilan sijil boleh dilakukan selepas sidang anda berlangsung. Pastikan anda telah memulangkan jubah sebelum mengambil sijil.

* Tarikh akan dikemaskini apabila pengumuman rasmi dikeluarkan oleh pihak institusi.

Urusan Pertanyaan

Senarai pegawai yang boleh dihubungi untuk urusan pertanyaan berkaitan konvokesyen.

Nama Institusi Telefon Emel
Ts. Dr. Mohd Amirul Helmi Hj. Ismail Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) 019-4122009 [email protected]
Ungku Khairul Fadzli bin Ungku Abu Bakar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) 017-4715898 [email protected]
Mohamad Helmi bin Yusoff @ Othman Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) 012-4323902 [email protected]
Hajaratul binti Ahmad Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) 019-4121831 [email protected]
Raja Sharmi binti Raja Husin Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) 012-9540321 [email protected]
Norsulliatie binti Muhammad Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) 019-4853775 [email protected]
Muhammad Hafizul bin Omar @ Osman Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) 013-6212626 [email protected]
Mohd Zaidil Adha bin Mat Hussin Politeknik Balik Pulau (PBU) 012-3311885 [email protected]
Nur Hazwani binti Mohamed Nasir Politeknik Seberang Perai (PSP) 012-5257063 [email protected]
Zaliati binti Jaafar Politeknik Seberang Perai (PSP) 012-5744283 [email protected]
Akmal bin Abdul Halim Politeknik Seberang Perai (PSP) 013-4231986 [email protected]
Irmayariani binti Kamalsha Kolej Komuniti Arau 019-5710704 [email protected]
Nurul Hidayah binti Samsurrijal Kolej Komuniti Arau 013-5843103 [email protected]
Jamaludin A.R. Rawi Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA) 019-4565388 [email protected]
Suhaili binti Shahbudin Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA) 012-5321192 [email protected]
Ts. Azila binti Yahaya Kolej Komuniti Bandar Baharu (KKBB) 012-4846968 [email protected]
Nur Zakiah binti Othman Kolej Komuniti Baling 012-5899441 [email protected]
Hanizah binti Talip Kolej Komuniti Bukit Mertajam 016-4473079 [email protected]
Mohd Ridzuan Rizal bin Ab Rahman Kolej Komuniti Jerai 012-6828796 [email protected]
Azni Yuhaniza binti Mohd Yusof Kolej Komuniti Kepala Batas 019-5711703 [email protected]
Hani Zurihan binti Abdul Razak Kolej Komuniti Kepala Batas 019-3388013 [email protected]
Suriati binti Ahmad Suhaimi Kolej Komuniti Kulim 019-5773006 [email protected]
Zarith Sofia binti Rahim Kolej Komuniti Nibong Tebal 012-4213284 [email protected]
Mohamad Syahril bin Mat Saad Kolej Komuniti Padang Terap 013-5065441 [email protected]
Zati Hanani binti Zainal Kolej Komuniti Padang Terap 019-5713177 [email protected]
Ahmad Ikhwan bin Zakaria Kolej Komuniti Seberang Jaya 010-3850389 [email protected]
Fazilah Isa Kolej Komuniti Sik 013-3999303 [email protected]
Nuraini binti Johari Kolej Komuniti Sungai Petani 019-4556685 [email protected]
Nurhidayah binti Jamaluddin Kolej Komuniti Tasek Gelugor 019-4117186 [email protected]
Hanifah bin Bakkeri Kolej Komuniti Tasek Gelugor 019-4044276 [email protected]
Iryani Fatini binti Idham Kolej Komuniti Bayan Baru (KKBU) 017-8122995 [email protected]
Putri Khairunisa binti Megat Shahiri Kolej Komuniti Bayan Baru (KKBU) 018-2230904 [email protected]
Izzati Firdiana binti Kamarol Bahrin Langkawi Tourism Academy (LTA@KKLK) 014-3304050 [email protected]
Tatacara pembayaran yuran konvokesyen - halaman 1
Tatacara pembayaran yuran konvokesyen - halaman 2
SKPG26

Carta alir tatacara pembayaran yuran konvokesyen untuk rujukan graduan sebelum membuat bayaran.

Tatacara pembayaran yuran konvokesyen - halaman 1
Tatacara pembayaran yuran konvokesyen - halaman 2

Gunakan carta alir ini sebagai panduan ringkas sebelum melengkapkan semakan kelayakan, log masuk portal graduan, dan membuat pembayaran.

Panduan penting sebagai persediaan awal graduan sebelum hadir ke majlis konvokesyen.

Aliran graduan sebelum konvokesyen
Tatacara muat naik gambar graduan
Tatacara muat turun MyPASS

Semakan Graduan

Semak Kelayakan

Semak nama di portal graduan

Pastikan tiada denda HEP tertunggak

Hubungi urusetia jika nama tiada dalam sistem

Lengkapkan Maklumat

Lengkapkan Profil

Pilih status Hadir atau Tidak Hadir

Kemaskini maklumat peribadi

Muat naik gambar terkini

Pilih saiz jubah konvokesyen

Pembayaran Konvokesyen

Buat Pembayaran

Bayaran mengikut kadar institusi masing-masing

Semak maklumat sebelum membuat bayaran

Pilihan kehadiran tidak boleh diubah selepas pembayaran berjaya

QR & Resit Graduan

QR Unik Graduan

QR dijana secara automatik selepas pembayaran

Simpan resit pembayaran dengan baik

QR boleh diakses melalui tab MyQR

Digunakan untuk semua urusan kaunter konvokesyen

Panduan penting pada hari raptai, pengambilan jubah, dan etika pakaian.

Aliran graduan sewaktu konvokesyen
Tatacara pembayaran yuran konvokesyen - halaman 1
Tatacara pembayaran yuran konvokesyen - halaman 2

Jadual Raptai Konvokesyen

Masa Aktiviti Lokasi
9.00 Pagi Pendaftaran Graduan DEWAN HARUMANIS
9.30 Pagi Taklimat SKPG & Kajian Kepuasan Majikan DEWAN HARUMANIS
10.30 Pagi Raptai Penuh Majlis Konvokesyen DEWAN HARUMANIS
12.00 Tgh Pengambilan Jubah BILIK JUBAH

Pengambilan Jubah

Graduan boleh mengambil jubah di kaunter jubah dengan membawa resit pembayaran konvokesyen samada dalam bentuk salinan atau PDF. Imbas QR unik anda untuk mengambil jubah mengikut saiz yang telah ditetapkan sebelum ini.

Graduan diingatkan untuk mengambil jubah sehari sebelum sidang berlangsung, serta memulangkan jubah selepas pada hari yang sama selepas sidang tamat.

Daftar Masuk Dewan

Graduan perlu hadir ke Dewan Konvokesyen seawal 7 pagi dan beratur mengikut ketetapan pihak urusetia. Daftar masuk dewan boleh dilakukan di kaunter masuk dewan atau buat imbasan di skrin utama dewan.

Sediakan QR unik graduan dan pastikan daftar masuk dibuat sebelum bergerak ke dewan utama.

Etika Pakaian Graduan

Graduan Lelaki

  • Jubah akademik graduan disediakan.
  • Sepasang baju Melayu lengkap, baju kemeja, atau lounge suit.
  • Kasut kulit hitam dan stokin hitam.

Graduan Perempuan

  • Baju kurung moden, tradisional, atau kebangsaan.
  • Pakaian tidak ketat dan tidak menjolok mata.
  • Kasut bertutup penuh.

Tindakan yang perlu diselesaikan selepas majlis tamat.

Pemulangan Jubah

Graduan perlu memulangkan jubah di kaunter yang telah ditetapkan sebaik sahaja majlis konvokesyen berakhir.

Nota: Pemulangan jubah antara jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang. Sebarang kelewatan akan dikenakan denda RM5.00 bagi setiap setengah jam.

Pengambilan Sijil

Graduan boleh mengambil sijil di kaunter pengambilan sijil yang telah ditetapkan. Rujuk urusetia institusi masing-masing untuk lokasi kaunter.

Bagi graduan yang tidak hadir dan telah membuat pembayaran di portal konvokesyen, sijil akan diposkan melalui pos berdaftar atau kurier selepas majlis konvokesyen.

Selain itu, graduan juga boleh membuat tuntutan sijil dengan hadir sendiri ke unit peperiksaan institusi masing-masing pada waktu bekerja.

Maklumat kemasukan, etika pakaian, dan tatacara untuk tetamu serta waris graduan.

Kuota & Pas Masuk Tetamu

Bilangan tetamu yang dibenarkan adalah terhad kepada 2 orang tetamu atau waris bagi setiap graduan.

Tetamu perlu membawa pas masuk ke dewan dan hanya dibenarkan masuk melalui pintu yang ditetapkan oleh pegawai bertugas.

Sila hadir lebih awal untuk semakan kemasukan dan tempat duduk.

Peringatan & Peraturan Dalam Dewan

Tetamu dan waris perlu mematuhi semua arahan urus setia serta peraturan kemasukan dewan.

  • Dibenarkan memasuki dewan melalui pintu yang ditetapkan oleh pegawai bertugas.
  • Terhad 2 orang tetamu atau waris bagi seorang graduan dan perlu membawa pas masuk ke dewan.
  • Tidak dibenarkan masuk setelah perarakan masuk VVIP. Sila patuhi masa yang ditetapkan.
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan.
  • Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau berada dalam mod senyap sepanjang berada di dalam dewan.
  • Duduk dalam keadaan tertib sepanjang majlis konvokesyen berlangsung.
  • Tidak dibenarkan merakam perjalanan majlis konvokesyen.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk minuman dan makanan ke dalam dewan. Tetamu dinasihatkan makan sebelum masuk ke dewan.
  • Tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga majlis konvokesyen selesai.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderahati ke dalam dewan kerana ia mengganggu kedudukan tetamu lain.
Mohon kerjasama untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan di atas. Kegagalan mematuhi peraturan akan menyebabkan tetamu atau waris dihalang memasuki dewan.

Soalan Lazim

Tanya sebarang soalan berkaitan konvokesyen

Berdasarkan FAQ & Panduan Graduan rasmi