Panduan Graduan Rasmi

Panduan Lengkap
Untuk Graduan.

Halaman ini menghimpunkan panduan sebelum, semasa, dan selepas konvokesyen supaya graduan boleh membuat persediaan dengan lebih teratur.

Panduan Mengikut Fasa

Rujukan utama bagi urusan graduan, jadual raptai, etika pakaian, pemulangan jubah, dan maklumat tetamu.

Persediaan awal graduan sebelum hadir ke majlis konvokesyen.

Yuran Konvokesyen

Graduan dikehendaki menjelaskan bayaran yuran konvokesyen semasa membuat pendaftaran dalam talian.

Bayaran tertakluk kepada status hadir atau tidak hadir dan polisi institusi masing-masing.

Tarikh akhir bayaran akan dimaklumkan melalui portal graduan.

Sistem Kajian Pengesanan Graduan

Graduan perlu mematuhi arahan pegawai SKPG berdasarkan sesi tamat pengajian masing-masing.

Sesi taklimat dan pengesahan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Soal Selidik Kepuasan Majikan

Graduan yang telah bekerja perlu membawa borang soal selidik tahap kepuasan majikan terhadap graduan.

Graduan yang belum bekerja perlu membawa borang tinjauan graduan untuk pengesahan sebelum urusan jubah.

Pemilihan Saiz Jubah

Pastikan saiz jubah anda dipilih dengan tepat melalui sistem setelah log masuk.

Bilangan bagi setiap saiz adalah terhad dan hanya dibuka untuk graduan yang memilih status hadir.

Tempah segera sebaik sahaja pilihan saiz dibuka.

Panduan penting pada hari raptai, pengambilan jubah, dan etika pakaian.

Jadual Raptai Konvokesyen

Masa Aktiviti Lokasi
9.00 Pagi Pendaftaran Graduan DEWAN SERI NIRAI
9.30 Pagi Taklimat SKPG & Kajian Kepuasan Majikan DEWAN SERI NIRAI
10.30 Pagi Raptai Penuh Majlis Konvokesyen DEWAN SERI NIRAI
12.00 Tgh Pengambilan Jubah BILIK JUBAH

Pengambilan Jubah

Setelah selesai taklimat graduan dan SKPG, graduan dibenarkan mengambil jubah dengan membawa borang pengesahan pendaftaran graduan yang telah mendapat cop berkaitan.

Jika graduan tidak dapat hadir pada hari raptai, pengambilan jubah boleh diwakilkan dengan syarat borang pengesahan sudah lengkap dicop.

Etika Pakaian Graduan

Graduan Lelaki

  • Jubah akademik graduan disediakan.
  • Sepasang baju Melayu lengkap, baju kemeja, atau lounge suit.
  • Kasut kulit hitam dan stokin hitam.

Graduan Perempuan

  • Baju kurung moden, tradisional, atau kebangsaan.
  • Pakaian tidak ketat dan tidak menjolok mata.
  • Kasut bertutup penuh.

Tindakan yang perlu diselesaikan selepas majlis tamat.

Pemulangan Jubah

Graduan perlu memulangkan jubah di Bilik Jubah sebaik sahaja majlis konvokesyen berakhir.

Sila pastikan graduan mendapat cop pengesahan pemulangan jubah sebelum menuntut sijil Diploma.

Nota: Pemulangan jubah antara jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang. Sebarang kelewatan akan dikenakan denda RM5.00 bagi setiap setengah jam.

Pengambilan Diploma

Graduan boleh mengambil Diploma dan Transkrip dengan menyerahkan Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan yang telah lengkap kesemua pengesahan.

GRADUAN HADIR

  • Butiran tuntutan Diploma dan Transkrip pada hari konvokesyen adalah seperti berikut:
  • Masa: 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
  • Tempat: Dewan Kuliah 1.

GRADUAN TIDAK HADIR

  • Bagi graduan yang tidak hadir dan telah membuat pendaftaran dalam talian, Diploma dan Transkrip akan diposkan melalui pos berdaftar atau kurier selepas Majlis Konvokesyen.
  • Graduan akan turut menerima folder konvokesyen dan cenderahati yang akan diposkan bersama sijil berkenaan.
  • Selain itu, graduan juga boleh membuat tuntutan Diploma dan Transkrip dengan hadir sendiri ke Unit Peperiksaan Institusi masing-masing pada waktu bekerja.
  • Graduan digalakkan membuat temu janji terlebih dahulu.

Maklumat kemasukan, etika pakaian, dan tatacara untuk tetamu serta waris graduan.

Kuota & Pas Masuk Tetamu

Bilangan tetamu yang dibenarkan adalah terhad kepada 2 orang tetamu atau waris bagi setiap graduan.

Tetamu perlu membawa pas masuk ke dewan dan hanya dibenarkan masuk melalui pintu yang ditetapkan oleh pegawai bertugas.

Sila hadir lebih awal untuk semakan kemasukan dan tempat duduk.

Peringatan & Peraturan Dalam Dewan

Tetamu dan waris perlu mematuhi semua arahan urus setia serta peraturan kemasukan dewan.

  • Dibenarkan memasuki dewan melalui pintu yang ditetapkan oleh pegawai bertugas.
  • Terhad 2 orang tetamu atau waris bagi seorang graduan dan perlu membawa pas masuk ke dewan.
  • Tidak dibenarkan masuk setelah perarakan masuk VVIP. Sila patuhi masa yang ditetapkan.
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan.
  • Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau berada dalam mod senyap sepanjang berada di dalam dewan.
  • Duduk dalam keadaan tertib sepanjang majlis konvokesyen berlangsung.
  • Tidak dibenarkan merakam perjalanan majlis konvokesyen.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk minuman dan makanan ke dalam dewan. Tetamu dinasihatkan makan sebelum masuk ke dewan.
  • Tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga majlis konvokesyen selesai.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderahati ke dalam dewan kerana ia mengganggu kedudukan tetamu lain.
Mohon kerjasama untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan di atas. Kegagalan mematuhi peraturan akan menyebabkan tetamu atau waris dihalang memasuki dewan.